Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu bantahan selesai, agihan bakul makanan di Taman Semarak

    TAWAU, 1 NOV – Isu dibangkitkan penduduk Taman Semarak berhubung bekalan keperluan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dianggap selesai.

    Jawatankuasa Pusat Kawalan Ope-rasi Bencana (PKOB) Tawau, Joseph Pang berkata bantuan bakul makanan kerajaan negeri diagihkan kepada penduduk sejak Jumaat selain dibenarkan berbelanja di kedai berdekatan taman.

    “Kami membenarkan penduduk berbelanja di kedai berdekatan, bakul makanan dari kerajaan negeri turut diedarkan. Pengagihan diteruskan sehingga hari ini,” katanya kepada Bernama.

    Sebelum ini deretan kedai berhampiran Taman Semarak tidak berada dalam lokaliti PKPD.

    Penduduk taman itu yang juga seorang pesara kerajaan, Dg Sarbanun Abd Latif, 63, bersyukur kerana masalah dihadapi rakyat yang memerlukan bekalan makanan serta keperluan lain berjaya diselesaikan dengan segera.

    “Ramai penduduk di Taman Semarak mengalami masalah kehabisan bekalan makanan selepas memasuki hari keempat dikenakan PKPD di kawasan ini dan keputusan PKOB membenarkan penduduk berbelanja di kedai berhampiran memberi kelegaan kepada kami,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda