Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu bekalan air UMS: Enam telaga tiub siap dibina

    KOTA KINABALU, 9 JUN – Projek pembinaan enam telaga tiub di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah siap sepenuhnya dan akan berfungsi sebagai alternatif bagi mengatasi isu gangguan bekalan air di universiti itu.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata projek pembinaan telaga tiub itu menggunakan peruntukan RM3 juta daripada Pejabat Perdana Menteri.

    “Bagaimanapun, saya ingin maklumkan hari ini semua telaga tiub sudah siap sepenuhnya.

    Saya juga ingin menegaskan bahawa ini hanyalah sebagai alternatif sekiranya sumber air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengalami gangguan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan projek telaga tiub UMS hari ini.

    Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata kesemua telaga tiub itu mampu menghasilkan sehingga sejuta liter air sehari.

    Menurutnya isu gangguan bekalan air di UMS sudah berlarutan agak lama susulan pembangunan pesat di kawasan sekitar termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, selain kapasiti air di Loji Rawatan Air Telibong dan Moyog tidak bertambah, sekali gus menyebabkan masalah semakin meruncing. – Bernama

    Datuk Mustapha Sakmud ketika meninjau projek Telaga Tiub di UMS. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda