Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu bekalan beras Malaysia dijangka akan dibincangkan

    PAPAR, 18 FEB – Satu Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan Jumaat ini bagi membincangkan isu kos sara hidup terutamanya bekalan beras di negara ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kementeriannya selaku urusetia NACCOL telah mendapat pengesahan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bahawa satu daripada perkara diangkat untuk pertimbangan adalah berkaitan bekalan beras negara.

    “Sejak berkuatkuasanya Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kuasa kawal selia padi dan beras termasuk berkaitan hala tuju bekalan dan harga terletak di bawah KPKM.”

    “Sebarang perubahan yang melibatkan dasar dan program kerajaan terkait dengan industri padi dan beras adalah di bawah tanggungjawab Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sejajar dengan perintah yang dikeluarkan di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Majlis Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri Kawang hari ini, yang melibatkan 260 peserta dan lapan buah masjid. – Bernama

    Armizan merasmikan program Jualan Rahmah di pasaraya Mydin Bandar Baru Samariang di Petra Jaya pada 9 Februari. Beliau berkata kementeriannya akan mempertimbangkan perkara berkaitan bekalan beras negara. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda