Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Isu gaji: KL City, Kedah diberikan tarikh akhir

    KUALA LUMPUR, 25 FEB – Kuala Lumpur City (KL City) FC dan Kedah Darul Aman FC telah diberikan tarikh akhir oleh First Instance Body (FIB) untuk mengemukakan dokumen penyelesaian berhubung tunggakan gaji sebelum akhir minggu depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata KL City sudah menghantar dokumen tertentu untuk penyelesaian baru-baru ini manakala FIB masih menunggu dokumen daripada pasukan Kedah.

    “Saya harap pasukan-pasukan ini (KL City dan Kedah) akan patuh kepada apa sahaja yang diputuskan oleh FIB,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Back to School 2024 anjuran MFL dan penaja rasmi Liga Malaysia (Liga-M), AEON BIG di sini semalam.

    Jumaat lepas, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad berkata pemain dan jurulatih KL City tidak menerima dua bulan gaji iaitu bagi Oktober dan November musim lepas.

    Sementara Kedah dilaporkan berhutang gaji pemain untuk empat bulan sejak musim lepas. – Bernama

    Datuk Stuart Ramalingam semasa ditemui pihak media. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...