Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu kebakaran cetus kritikan hebat di Sweden

    STOCKHOLM – Kebakaran besar hutan di Sweden telah mencetuskan kritikan terhadap industri perhutanan Sweden, yang telah dituduh menghamparkan ‘karpet merah’ atas pembakaran tersebut dan mengorbankan biodiversiti negara itu hanya untuk meraih keuntungan yang tinggi.

    Hutan, dianggap suci dalam mitos purba Norse, masih menutupi sekitar 70 peratus wilayah Sweden.

    Ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi moden negara itu dengan menyediakan bahan-bahan mentah, sekali gus menjadikan Sweden sebagai pengeluar ketiga terbesar dunia dalam mengeksport kertas, selulosa dan produk-produk kayu serta memberikan sekitar 100,000 penduduk peluang pekerjaan.

    Wilayah tengah Ljusdal merupakan kawasan yang teruk dilanda dengan kebakaran hutan. Kawasan ini ditutupi sekitar 95 peratus oleh hutan dan juga wilayah-wilayah di kawasan utara negara itu di mana industri perhutanan sangat penting untuk pendapatan ekonomi tempatan.

    Pemilik ‘emas hijau’ mempunyai status yang tinggi dan kuat, Raja Carl XVI, Gustaf merupakan pemilik-pemilik kawasan perhutanan.

    Wilayah tengah Ljusdal merupakan kawasan yang teruk dilanda dengan kebakaran hutan. – AFP
    Hutan ini masih menutupi sekitar 70 peratus wilayah Sweden dan ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi moden negara itu. – AFP

    Kontroversi itu merebak dengan begitu cepat apabila operator industri itu dikritik disebabkan oleh peranan mereka dalam menangani krisis itu.

    “Landskap yang mendatar dan panjang itu terletak berdekatan dengan kawasan perhutanan pain merupakan kawasan ‘karpet merah’ disebabkan oleh kebakaran yang besar,” tulis Sven Olov Karlsson dalam satu ruang di akhbar tempatan negara itu. “Berkemungkinan ia adalah satu tindakan yang kurang bijak untuk memusnahkan pokok dan mencipta monokultur pain yang boleh menyebabkan api merebak sejauh 80 meter dalam satu minit,” tambahnya.

    Api akan merebak tidak kira apa pun situasi

    Hampir keseluruhan hutan di Sweden semakin berkurangan.

    Diterangkan sebagai ‘hutan produksi’, merangkumi sekitar 83 peratus pokok konifer, yang sangat tinggi, menghalang cahaya matahari bagi spesies yang berada di bawahnya.

    Bagi Rolf Edstrom, jurucakap untuk Norrskog, organisasi pemilik hutan bersama dengan 12,000 ahli yang lain, “tidak kisah sama ada hutan itu baharu ataupun lama, api akan terus merebak tidak kira apa pun situasi,” selepas beberapa minggu kemarau dan suhu cuaca yang tinggi sehingga mencecah sekitar 35 darjah Celsius.

    Menurut Johan Sjostrom, pakar teknologi kebakaran di Institut Penyelidikan RISE Sweden, berkata bahawa kebakaran itu jarang berlaku namun pada hari ini kami berjaya memadamkannya.

    “Kami tidak melakukannya sebelum ini kerana kami tidak mempunyai bahan sumber yang sama,” katanya kepada akhbar harian Sweden Dagens Nyheter.

    Pengarah perhutanan, Magnus Kindbom di Persekutuan Peladang Sweden yang berpengaruh berkata bahawa keseluruhan industri perhutanan pada umumnya beroperasi untuk meningkatkan lagi jumlah kawasan perhutanan.

    Tetapi persatuan perlindungan alam sekitar merasa skeptikal dan menyeru untuk perlindungan kawasan perhutanan.

    Kelihatan penduduk Sami menangkap dan menawan seekor rusa kutub yang mendiami kebanyakan hutan di Sweden. – AFP

    Mereka menuntut bahawa kongsi sama dalam perlindungan hutan masih rendah iaitu serendah empat peratus manakala industri perhutanan pula mengatakan ia setinggi 25 peratus.

    Kerana duit

    Organisasi bukan berasaskan keuntungan memberi amaran bahawa terdapat banyak cabaran untuk memastikan kepelbagaian biologi untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan di tengah-tengah perjuangan dalam menentang pemanasan global.

    Satu daripada 10 spesies di hutan negara itu berada dalam senarai merah oleh Pusat Maklumat Spesies Haiwan Sweden.

    Rofl Edstrom berkata bahawa industri hutan menyedari hal itu dan sedang menuju kepada ‘revolusi budaya’.

    “Perlindungan terhadap khazanah purba, populasi burung, semua mengarah kepada hala tuju yang betul,” katanya.

    Tetapi Lina Burnelius, yang bertanggungjawab untuk isu-isu hutan di cawangan Greenpeace di Sweden, membantah dakwaan itu dan mengatakan bahawa landskap hutan itu telah dibahagikan.

    “Dalam usaha untuk memastikan beberapa spesies bertahan, mereka perlu hidup bersama dengan spesies yang lain dan jika kita hanya mempunyai pokok-pokok yang sama, pastinya tidak akan wujud sesuatu kelainan,” katanya kepada AFP.

    Sama ada ia adalah rusa kutub di Lapland, di mana para pemuda Sami menentang merebaknya pokok-pokok pinus kontorta.

    Merupakan spesies invasif, pokok-pokok pain itu tumbuh mekar menyebabkan tumbuh-tumbuhan di bawahnya tertutup dan menjejaskan makanan buat rusa kutub, termasuk ‘lichen’, sumber utama makanan haiwan tersebut.

    “Hutan lama yang masih berdiri merupakan tanda usaha keras kami, namun semakin sukar,” kata Margret Fjellstrom, pemilik beratus-ratus ekor rusa kutub di Dikanas, sebuah desa pergunungan yang terletak 800 kilometer di utara ibu kota Stockholm.

    “Kami bergelut untuk mendapatkan wang,” katanya.

    Tetapi bagi Magnus Kindbom dari Persekutuan Petani Sweden, pemilik hutan sepatutnya mempunyai hak untuk menguruskan hartanah mereka sebagaimana yang mereka inginkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda