TOKYO, 30 Mei – Menteri Pertahanan Jepun dan Rusia menyatakan kebimbangan masing-masing mengenai isu berkaitan tentera semasa perbincangan di Tokyo hari ini.
Menteri Pertahanan Jepun, Takeshi Iwaya memberitahu sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Sergei Shoigu, bahawa Jepun prihatin terhadap pembentukan pasukan Rusia di pulau-pulau yang dipertikaikan di wilayah utara Hokkaido.
Sidang media itu diadakan menjelang pertemuan kedua-dua yang terdiri daripada menteri pertahanan dan menteri luar negeri kedua-dua negara.
Sementara itu, Shoigu menyatakan keprihatinan Rusia terhadap rancangan Jepun untuk memperkenalkan sistem pertahanan peluru berpandu Aegis Ashore yang dibuat Amerika Syarikat.
Isu-isu pertikaian yang lebih lanjut, serta persetujuan mengenai kerjasama untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Korea, dijangka dibincangkan dalam pertemuan kedua-duanya, yang pertama kali diadakan antara kedua negara sejak Julai tahun lalu. Pulau-pulau yang dipertikaikan itu dikenali sebagai Wilayah Utara di Jepun dan Selatan Kuril di Rusia.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk membincangkan aktiviti ekonomi bersama di pulau-pulau itu. – Xinhua