Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu Neymar, Barca diheret ke mahkamah

    BARCELONA, 27 SEPT – Para peguam bagi bintang Brazil, Neymar dan juara Sepanyol, Barcelona menemui kegagalan hari ini dalam usaha mereka mengelakkan perbalahan mahkamah bernilai jutaan dolar mengenai masalah kontrak.

    “Ia akan dibawa ke mahkamah,” kata peguam Barcelona, Josep Vives kepada wartawan di luar mahkamah selepas perbincangan tertutup yang menemui kegagalan.

    Pegawai mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendengaran akan dibukakan kepada orang awam, dan akan bermula lewat hari ini.

    Kes itu berkembang selepas keputusan Neymar, pemain termahal dunia, untuk meninggalkan Barcelona pada tahun 2017 dan menyertai Paris Saint-Germain. – AFP

    Peguam Neymar, Rodrigo Garcia Lucas (kiri) dan Martinez Ferrando tiba di mahkamah di Barcelona kelmarin bagi sesi pendengaran kes Neymar dan Barca. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda