Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Isu pas pelajar perlukan penyelesaian

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah baru-baru ini.

    Dengan pelantikan baharu ini, saya amat berharap beliau dapat meneliti beberapa permasalahan dalam sistem di kementerian relevan pada masa ini. Antara salah satu permasalahan yang telah lama dan masih berlaku ialah isu pas pelajar warga asing yang bersekolah di sini.

    Merujuk kepada Akta Perintah Pendidikan Wajib yang dikuatkuasakan pada 24 November 2007, di bawah Bab 3 (1) ada menyatakan bahawa setiap kanak-kanak warganegara dan yang menetap di Negara Brunei ini yang telah mencapai umur yang ditetapkan adalah diwajibkan untuk bersekolah dan diikuti dengan Bab 3 (2) yang menyatakan bahawa ibu bapa bertanggungjawab dalam kehadiran sekolah anak-anak mereka dan gagal berbuat demikian adalah dikira sebagai satu kesalahan.

    Sebagai seorang bapa, saya bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak saya dan memastikan mereka hadir ke sekolah setiap hari.

    Tetapi permasalahan timbul apabila pas pelajar anak-anak ini mansuh dan mereka tidak lagi dibenarkan ke sekolah walaupun urusan pas pelajar mereka ini dalam proses untuk diperbaharui.

    Dalam memperbaharui pas pelajar ini, tempoh masa yang diambil oleh jabatan relevan agak perlahan sehingga anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah dan ketinggalan dalam pembelajaran.

    Apa yang menyedihkan ia juga melibatkan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti SPE, SSSRU dan O Level.
    Oleh yang demikian saya amat berbesar hati sekiranya permasalahan ini diberi perhatian sewajarnya dan dapat diselesaikan.

    Bapa penuntut

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...