BAHAN racun untuk menghapuskan rumpai berkaitan dengan penyakit Parkinson dan yang diharamkan penggunaannya di lebih daripada 30 buah negara, tidak akan diharamkan penggunaannya di Thailand, selepas pihak berkuasa negara itu memaklumkan baru-baru ini bahawa mereka hanya akan mengehadkan penggunaannya.
Bahan itu lebih dikenali sebagai ‘paraquat’ dan sangat beracun, di mana hanya satu titik cecair itu dapat membunuh seorang manusia, lantaran itu, penggunaan bahan ini telah diharamkan di seluruh negara kesatuan benua Eropah sejak tahun 2007 lagi. Namun Thailand membuat keputusan yang berbeza.
Tetapi Thailand menyatakan bahawa laporan kesihatan dan ancaman persekitaran terhadap bahan tersebut dan dua lagi bahan racun kimia pertanian yang lain tidak cukup serius untuk diharamkan, di mana dianggarkan 40 peratus dari penduduk negara itu berkecimpung dalam bidang pertanian dan penternakan.
“Pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk mengehadkan penggunaan bahan tersebut seperti paraquat, chlorpyrifos dan glyphosate,” kata pegawai perindustrian, Somboon Yindeeyoungyuen kepada media AFP.
Risiko terhadap kesihatan awam
Menurut penyelidikan saintifik antarabangsa, bahan beracun seperti chlorpyrifos berisiko tinggi terhadap pengurangan intelek pemikiran kanak-kanak sementara racun rumpai, glyphoste boleh menyebabkan kanser.


Menurut Samboon lagi bahawa peraturan terhadap penggunaan bahan-bahan beracun itu dibenarkan untuk penjagaan tanam-tanaman petani, di mana pihak berkuasa industri pertanian negara itu akan memastikan tahap kualiti penggunaan bahan beracun itu dapat dihadkan dalam masa dua bulan.
Pengumuman itu membuatkan beberapa kumpulan alam sekitar dan pakar penyelidik kesihatan kecewa, yang berusaha bagi pengharaman penuh penggunaan bahan-bahan tersebut, paraquat dan chlorpyrifos khususnya.
Kumpulan ini memetik berikutan bahan ini berkait rapat dengan penyakit Parkinson dan kajian penyelidikan turut mendapati kebimbangan terhadap tahap pencemaran terhadap penghasilan produk-produk Thailand dan juga sumber-sumber airnya.
Ketua kempen pengharaman, The Thai Pesticide Alert Network berkata bahawa pihak berkuasa negara itu membuat keputusan itu berikutan ‘rasa belas kasihan mereka kepada penduduk-penduduk Thailand’.
“Jawatankuasa ini, tidak menghiraukan untuk menjaga kesihatan penduduk yang lain malah ia menjadi bahan atau alat untuk beberapa buah syarikat untuk menjual produk-produk ini lagi,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan.
Konflik dan cabaran
Kumpulan tersebut telah dipanggil untuk melakukan beberapa kajian semula terhadap keputusan itu dan berkata bahawa pihak jawatankuasa kerajaan bekerjasama dengan sekutu bersama industri dan dibelenggu oleh ‘konflik kepentingan’.
Thailand merupakan pengeksport beras utama khususnya di benua Asia Tenggara dan merupakan pasaran utama bagi produk pertanian dari China.
Kebanyakan pakar berkata bahawa bahan racun paraquat dari China itu bergelut untuk memastikan pasaran antarabangsa sentiasa dibuka selepas pihak Beijing mengumumkan untuk menarik keluar pasaran domestik penggunaan bahan racun itu menjelang tahun 2020.
“Industri paraquat China bergantung sepenuhnya kepada import namun semakin banyak negara telah mengehadkan import keperluan bahan racun itu dan mengharamkan penggunaannya, industri itu berdepan dengan masa depan yang sangat mencabar,” kata pakar organisasi makanan dan pertanian bangsa-bangsa bersatu, Joannes Ketelaar kepada media AFP.
Thailand turut mempunyai sejumlah besaar pasaran gelap yang semakin berkembang pesat untuk penggunaan bahan-bahan kimia untuk pertanian secara haram, di mana berpotensi untuk menarik lebih ramai para petani untuk ramuan penjagaan yang lebih murah dan lebih kuat namun berisiko tinggi.
Lantaran situasi itu, ia juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan bagi pengguna dan petani khususnya di negara itu sendiri berikutan pasaran hitam yang semakin berleluasa dan sukar untuk dikawal itu. – AFP