Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Isu pergaduhan: AFC tunggu laporan pengadil

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini berkata ia akan menunggu laporan pengadil sebelum memutuskan sama ada untuk menghukum dua pasukan berikutan pergaduhan besar-besaran dalam Liga Juara-Juara AFC.

    Pemain dari kedua-dua pasukan yang berada di bangku simpanan terlibat dalam pergaduhan semasa pertemuan antara Zhejiang dari China dan pasukan lawan, Buriram United dari Thailand kelmarin.

    Tidak jelas punca pergaduhan, tetapi suasana huru-hara tercetus sejurus selepas wisel penamat yang berkesudahan Zhejiang menang 3-2.

    “Kami sedang menunggu laporan daripada pengadil dan pesuruhjaya perlawanan,” kata setiausaha agung AFC, Windsor John kepada AFP, sambil menambah bahawa ‘badan berkaitan akan menanganinya’.

    Pergaduhan antara kedua-dua buah pasukan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang pemain terbaring di atas lantai. Selain itu seorang pemain dilihat mencengkam lawanya di kepala.

    Anggota keselamatan bergegas ke padang di Pusat Sukan Olimpik Huzhou untuk meredakan keadaan.

    Kejadian itu berlanjutan hingga hari ini dan akaun Instagram rasmi pasukan Thailand menyiarkan gambar salah seorang pemain mereka bergelimpangan di atas tanah.

    Kapsyen itu berbunyi: ‘Adakah ini Liga Juara-Juara AFC? Datang bermain bola sepak atau datang bergaduh.”

    Buriram juga menyiarkan gambar yang kelihatan seperti peminat sedang melontar sesuatu dari tempat duduk mereka. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...