Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu pusat kanak-kanak sedang dibincangkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Kebanyakan pekerja telah dibenarkan untuk mula bekerja di pejabat-pejabat atau tempat kerja masing-masing yang melibatkan para pekerja dalam kalangan ibu bapa yang menghadapi kesukaran dalam isu penjagaan anak-anak mereka memandangkan pusat penjagaan kanak-kanak dan pusat berkeperluan khas masih lagi belum dibuka pada masa ini.

    Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata, Jawatankuasa Pandu Kebangsaan bagi COVID-19 pada ketika ini sedang menunduki mengenai perkara berkenaan, di mana jawatankuasa turut mengerti akan keperluannya.

    Perkara ini sedang dibentangkan di peringkat Jawatankuasa Pandu COVID-19 bersama agensi-agensi dan kementerian yang berkenaan, tambah beliau semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menambah bahawa dalam masa terdekat ini, satu keputusan akan dibuat bagi membantu mereka yang terjejas dalam hal berkenaan.

    Pada kesempatan yang sama, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ketika ini juga telah membenarkan bagi pengambilan pembantu rumah atau penjaga kanak-kanak dari luar negara yang mungkin akan mengambil masa yang lama.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda