Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu Pyongyang, Abe cuba raih sokongan Eropah

    TOKYO, 12 Jan – Perdana menteri Jepun hari ini menuju negara-negara Baltik dan Eropah yang lain untuk meraih sokongan terhadap pendiriannya mengenai Korea Utara.

    Walaupun ketegangan agak reda baru-baru ini menjelang Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan, Shinzo Abe menegaskan akan ‘memaksimumkan tekanan’ terhadap program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

    Abe akan melawat Estonia, Latvia, Lithuania, Bulgaria, Serbia dan Romania dalam satu kunjunjungan pertama seorang Jepun ke negara-negara tersebut.

    Abe (tengah) dan isterinya Akie (kanan) ketika berlepas ke Eropah dari Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, kelmarin. – AFP

    “Saya mahu mengesahkan kerjasama kami mengenai Korea Utara dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas.

    Abe, yang akan bertemu ketua-ketua enam negara itu dalam lawatannya, juga menyatakan wakil dari lebih 30 syarikat akan menemani beliau untuk membangunkan ikatan perniagaan. Jepun berminat untuk meningkatkan profilnya di rantau berkenaan ketika China juga mengukuhkan hubungannya dengan beberapa negara di sana.

    Kesemua enam negara yang Abe kunjungi adalah antara 16 negara Eropah Tengah dan Timur yang mengadakan sidang kemuncak tahunan dengan China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda