Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu rasuah cemar imej liga Greece

    ATHENS, 8 Nov – Media Greece telah melaporkan bahawa pemilik Olympiakos, Vangelis Marinakis (gambar) dalam kalangan 28 orang yang diheret bagi perbicaraan atas dakwaan rasuah dalam bola sepak Greece.

    Athens News Agency, memetik dari sumber yang dipercayai, berkata Mahkamah Rayuan Athens akan secara rasminya mengumumkan perintah rujukan hari ini, menamatkan penyiasatan berterusan ke atas kes mengatur perlawanan di liga teratas Greece.

    “Kami serius dan akan hanya memberitahu kedudukan kami apabila ia sudah menjadi rasmi. Satu perkara yang pasti adalah Marinakis akan terus membantu Olympiakos berkembang dengan mengatasi perbuatan atau rancangan dan skim menentangnya dan pasukan tersebar di atas bumi ini,” kata pengarah komunikasi Olympiakos, Kostas Karapapas di laman Facebooknya.

    Marinakis, bekas presiden persekutuan bola sepak Greece Giorgos Sarris, dan bekas penasihat undang-undang telah dituduh menubuhkan sebuah pertubahan jenayah dan memanipulasi keputusan-keputusan perlawanan, menurut media.

    Selebihnya berdepan pelbagai dakwaan, termasuk bekas ahli-ahli persekutuan, bekas pengadil, pemilik-pemilik kelab Liga Super Levadiakos dan Atromitos, serta beberapa orang bekas jurulatih dan pemain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda