Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isyarat panggilan V84SHK hingga awal Mac

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Persekutuan Radio Amatur Brunei Darussalam (BDARA) telah meraikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 yang diselajurkan dengan perasmian isyarat panggilan V84SHK, baru-baru ini.

    Majlis berlangsung di kediaman Yang Di-Pertua BDARA, Mejar (B), Haji Tamat bin Lampoh di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah pemilik Riza Group, Pengiran Haris bin Pengiran Duraman selaku penasihat BDARA.

    Menurut kenyataan diterima, isyarat panggilan V84SHK yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi akan digunakan sehingga awal Mac ini.

    BDARA rasmi isyarat panggilan hingga awal Mac ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda