Drama Itaewon Class mengakhiri episod dramanya dengan jumlah tontonan yang tertinggi.
Pada 21 Mac, drama hit ini melonjak dan mendapat jumlah tontonan yang tertinggi untuk episod terakhirnya. Menurut Nielsen Korea, drama bersiri Itaewon Class mendapat purata tontonan 16.5 peratus di seluruh negara dan 18.3 peratus di kawasan metropolitan Seoul, menandakan rekod tontonan drama tertinggi hingga kini.
Jumlah tontonan kedua tertinggi dalam sejarah penyiaran JTBC, ialah SKY Castle di mana tontonan mencapai rating tertinggi dalam sejarah mana-mana rangkaian kabel Korea, bukan hanya di JTBC.
Dalam rangkaian penyiaran awam, drama Beautiful Love Wonderful Life yang disiarkan di KBS 2TV mencatatkan purata tontonan di seluruh negara sebanyak 25.4 peratus dan 29.6 peratus untuk episod kedua, sementara penyiar TV SBS drama Hyena mencatatkan purata tontonan di seluruh negara sebanyak 9.1 peratus dan 11.7 peratus yang menonton di waktu malam tersebut. – Agensi
