Itali, AC Milan kehilangan bintang hebat

MILAN, 23 JUN – Bekas penyerang antarabangsa Itali, Pierino Prati, pemenang Kejuaraan Eropah 1968 dan finalis Piala Dunia 1970, telah meninggal dunia di usia 73 tahun, kata Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) kelmarin.

“Bola sepak Itali kehilangan juara hebat,” kata presiden FIGC Gabriele Gravina.

“Prati adalah pemain bola sepak yang luar biasa, penyerang kelas, bintang yang bersinar di semua pasukan yang dimainkannya.” Prati memenangi 14 penampilan untuk Azzurri antara 1968 dan 1974, menjaringkan tujuh gol.

Dia bermain di AC Milan, dari kelab kampung halamannya pada 1967 hingga 1973 dan menjaringkan hatrik dalam kemenangan terakhir Piala Eropah pada 1969. – AFP