Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali bangkit benam Bosnia

    TURIN, 12 JUN – Lorenzo Insigne dan Marco Verratti menjaringkan dua gol di separuh masa kedua ketika Itali bangkit untuk menewaskan Bosnia- Herzegovina 2-1 bagi meneruskan momentum kemenangan mereka dalam kempen kelayakan Euro 2020 kepada empat perlawanan di Turin, sementara Perancis membelasah Andorra 4-0 awal pagi tadi.

    Penyerang Roma, Edin Dzeko meletakkan Bosnia di depan selepas minit ke-32 di Stadium Juventus ketika pasukan tuan rumah bolos gol pertama mereka dalam kempen ini.

    Tetapi Insigne menyamakan kedudukan selepas rehat dengan voli menakjubkan dan kapten Napoli itu kemudian memberikan umpanan kepada Verratti yang kemudian menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki empat minit.

    Skuad kendalian Roberto Mancini kini berada di kedudukan teratas Kumpulan J, dengan maksimum 12 mata selepas empat perlawanan dengan 13 gol, hanya satu bolos.

    Sementara itu Kylian Mbappe meletakkan Perancis di depan dengan jaringan pada minit ke-11 ketika menentang Andorra, Wissam Ben Yedder dan Florian Thauvin kemudian menambah pendahuluan mereka pada separuh masa pertama. – AFP

    Lorenzo Insigne (tengah) diraikan oleh rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol penyamaan ke atas Bosnia. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda