ROM, 14 SEPT – Kanak-kanak di seluruh Itali kembali bersekolah selepas cuti musim panas selama tiga bulan, iaitu cuti musim panas terpanjang di Eropah.
Namun, perubahan iklim menjadikan keadaan terlalu panas untuk para murid belajar dengan selamat dan sebahagian daripada mereka mencadangkan agar sesi persekolahan ditangguhkan.
Gelombang haba semakin kuat dan kerap akibat perubahan iklim yang disebabkan manusia, namun hanya enam peratus sekolah di Itali mempunyai penghawa dingin, menurut kementerian pendidikan.
Walaupun di beberapa wilayah Itali suhu mulai menurun, suhu cuaca masih panas di selatan negara tersebut.
Kepanasan yang melampau pada bulan Mei dan Jun juga menyukarkan, terutamanya bagi pelajar yang menduduki peperiksaan akhir tahun, menurut ketua kesatuan guru ANIEF, Marcello Pacifico.

Di Sicily, di mana suhu dijangka mencecah 33°C minggu depan, beberapa sekolah turut mengumumkan, mereka akan tamat pada tengah hari pada awalnya, kata Rinaldo kepada AFP.
Suhu dijangka sekitar 30°C di bandar-bandar utama seperti Bari, Bologna, Florence dan Naples semasa kelas bermula.
Menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU, Eropah telah memanas dua kali lebih cepat daripada purata global sejak 1980an dan suhu di benua itu meningkat sepanjang tahun.
Itali kini mempunyai cuti musim panas terpanjang di Eropah: 97 hari, berbanding 77 hari di Sepanyol, 56 di Perancis dan 44 di Jerman, menurut rangkaian maklumat pendidikan Suruhanjaya Eropah, Eurydice. – AFP

