Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Itali buka koridor kemanusiaan untuk 300 pelarian Afghan

    MILAN, 26 JULAI – Kira-kira 300 pelarian Afghanistan tiba di Rom kelmarin di sepanjang koridor kemanusiaan baharu yang diuruskan oleh kerajaan Itali, badan amal dan pertubuhan antarabangsa, menurut pengumuman Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Itali.

    Koridor kemanusiaan bertujuan untuk memberikan pelarian tambahan dan warga Afghanistan yang tertindas, satu peluang masa depan dalam mempertahankan maruah dan keselamatan mereka, berikutan dengan penarikan Amerika Syarikat (AS) pada Ogos lalu dan pemerintahan Taliban, kata kementerian itu.

    Ribuan warga Afghanistan telah dipindahkan selepas kejatuhan Kabul, tetapi ramai yang mempertaruhkan risiko hukuman Taliban telah ditinggalkan. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri berkata koridor tersebut, menjangkakan pemindahan 1,200 pelarian Afghanistan dari Iran, Pakistan dan negara-negara kejiranan lain, akan diberikan keutamaan kepada wanita dan kanak-kanak.

    Sembilan pelarian Afghanistan pertama tiba menerusi penerbangan dari Tehran. Manakala 200 lagi berlepas dari Islamabad dijangka tiba Rabu ini dengan kumpulan ketiga dijangka tiba dari Tehran pada Khamis ini.

    Pada masa yang sama, jumlah pelarian Afghanistan menggunakan jalan tikus semakin meningkat, dengan kira-kira 3,280 tiba di Itali menggunakan laluan laut setakat tahun ini, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Persatuan Antarabangsa Migrasi berkata warga Afghanistan adalah warganegara teratas yang berani menggunakan laluan Laut Mediterranean ke pesisir Eropah, dengan 8,121 tiba setakat Jumaat lalu.

    Kedua-dua persatuan terlibat dalam menguruskan pemindahan koridor, bersama dengan kementerian hal ehwal luar negeri dan dalam negeri serta badan amal termasuk Komuniti Sant’Egidio dan Caritas.

    Itali telah berusaha selama beberapa tahun untuk menguruskan koridor kemanusiaan supaya orang yang melarikan diri daripada konflik, penindasan atau situasi buruk yang lain akan mempunyai alternatif untuk diseludup oleh pemerdagang manusia, tetapi jumlah mereka yang boleh sampai ke negara lain melalui koridor tersebut adalah kecil berbanding dengan puluhan ribu orang yang menggunakan khidmat penyeludup untuk sampai ke Eropah. – AP

    Kapal di Laut Mediterranean telah menyelamatkan lebih 1,100 orang yang mengalami kesukaran sampai ke Eropah dalam bot penyeludup dan menemui lima mayat, 24 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...