ROMA, 20 SEPT – Pengawal selia anti persaingan Itali hari ini berkata bahawa mereka telah membuka siasatan terhadap Ryanair atas tuduhan syarikat penerbangan kos rendah Ireland itu menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran.
Pihak berkuasa anti persaingan Itali, menuduh Ryanair cuba ‘memperluaskan kuasa pasarannya’ dengan menawarkan perkhidmatan pelancongan lain seperti tempahan hotel dan kereta sewa.
Ryanair, yang menawarkan penerbangan domestik serta perkhidmatan dari Itali, “dilihat menghalang agensi pelancongan daripada mendapatkan tiket penerbangan secara langsung” dari laman webnya, kata pengawal selia itu.
Sebaliknya, agensi pelancongan perlu membeli tiket melalui platform tempahan yang menjadikan ‘mereka kedudukan yang kurang menguntungkan’ dari segi harga dan perkhidmatan, katanya.
“Tindakan syarikat penerbangan itu akan membahayakan agensi pelancongan dan pengguna dengan cuba meluaskan dominasi pasarannya ke dalam penyediaan perkhidmatan pelancongan lain,” kata pihak berkuasa.
Ryanair sudah berbeza pendapat dengan Rom mengenai had harga bagi penerbangan ke dan dari pulau-pulau Itali yang diluluskan oleh kerajaan Perdana Menteri, Giorgia Meloni bulan lalu. – AFP


