Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali digemparkan kejadian tembakan

    ROM, 13 DIS – Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala empat lagi cedera apabila seorang lelaki berusia 57 tahun menyerbu masuk ke sebuah kedai kopi di utara Rom dan melepaskan tembakan pada Ahad.

    Lelaki itu dipercayai menyasarkan ahli mesyuarat lembaga kondominium dan suspek berjaya ditahan, lapor Xinhua.

    Laporan media mendedahkan bahawa penembak yang tinggal di tingkat bawah tanah telah menghantar beberapa aduan terperinci mengenai lembaga kondominium itu.

    Menurut catatan Meloni di media sosial, suspek telah dinafikan permit untuk membeli pistol, sebaliknya dia menggunakan pistol yang disewa dari padang tembak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda