Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Itali isytihar darurat kemarau di wilayah utara

    ROM, 5 JULAI – Itali mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau, kelmarin, lapor agensi berita Anadolu. 

    Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Mario Draghi, bersetuju mengeluarkan dekri darurat untuk wilayah Emilia-Romag-na, Friuli-Venezia Giulia, Lombar-dy, Piedmont dan Veneto, berikutan kemarau yang melanda Sungai Po dan lembangan Alpine timur. 

    Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak AS$38 juta bagi menangani krisis tersebut. Peruntukan terbesar daripada dana itu, AS$11.3 juta akan disalurkan kepada wilayah Emilia-Romagna.

    Itali dilanda kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun. Paras air di negeri-negeri di wilayah utara menyusut hingga separuh sejak awal tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Beberapa majlis perbandaran di utara terpaksa mengambil langkah-langkah pencatuan air minuman dan pengairan pertanian berikutan suhu melampau dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Pakar turut memberi amaran bahawa krisis kemarau di seluruh negara mengancam 30 peratus pengeluaran pertaniannya dan setakat ini menyebabkan kerugian bernilai hampir AS$3.12 bilion dalam sektor pertanian.

    Selain daripada itu, bekalan tenaga hidroelektrik turut terjejas disebabkan oleh kemarau tersebut.

    Loji hidroelektrik, kebanyakannya berada di pergunungan utara negara berkenaan, di mana sebanyak 20 peratus bekalan tenaga negara itu diperoleh dari loji tersebut.

    Pengisytiharan tersebut dibuat sehari selepas berlakunya kemalangan yang mengorbankan sekitar tujuh nyawa akibat runtuhan salji di pergunungan Alpine, Itali. Perdana Menteri Mario Draghi berkata kemalangan tersebut berkait rapat dengan pemanasan global. – AFP/Bernama

    Mario Draghi bersetuju mengeluarkan dekri darurat untuk wilayah Emilia-Romagna, Friuli-Venezia Giulia, Lombardy, Piedmont dan Veneto, berikutan kemarau yang melanda Sungai Po dan lembangan Alpine timur. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...