ROM, 30 MEI – Itali hari ini melanjutkan larangan kemasukan untuk orang yang datang dari India, Bangladesh dan Sri Lanka, ketika langkah beringat-ingat ke atas varian virus India yang lebih mudah berjangkit.
Larangan itu, yang tidak membabitkan rakyat India, diperkenalkan pada lewat April dan dijangka luput tempohnya pada hari ini. Ia dilanjutkan sehingga 21 Jun, kata jurucakap Menteri Kesihatan Itali Roberto Speranza dalam satu kenyataan.
Varian koronavirus B.1.617 pertama dikesan di India pada tahun lalu dan bertanggungjawab terhadap gelombang COVID-19 teruk yang telah membelenggu negara Asia Selatan itu dalam beberapa minggu ini. Minggu ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata varian itu telah merebak ke 53 negara, dan telah dikaitkan dengan tujuh wilayah lain oleh sumber tidak rasmi, membawa jumlah keseluruhan kepada 60. – AFP