Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Itali sekat rakyat belum divaksin

    ROM, 10 JAN – Rakyat Itali yang belum menerima vaksin COVID-19 dilarang untuk memasuki restoran atau menaiki penerbangan domestik di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa hari ini ketika sekolah dibuka semula di seluruh negara.

    Hanya mereka yang baru sembuh daripada jangkitan COVID-19 dikecualikan daripada peraturan tersebut, yang mewakili pengetatan selanjutnya sekatan dalam menghadapi peningkatan jangkitan.

    Majoriti sekolah dibuka hari ini untuk penggal baharu di bawah arahan kerajaan, walaupun terdapat gesaan daripada guru besar, kesatuan doktor dan beberapa datuk bandar untuk menangguhkan kembali ke sekolah selama sekurang-kurangnya dua minggu.

    Bagaimanapun, lebih 1,000 pihak berkuasa tempatan di seluruh negara telah menutup sekolah mereka, kata laporan media.

    Pakai virologi terkemuka, Massimo Galli di hospital Sacco de Milan berkata membuka sekolah adalah suatu perkara yang ‘tidak berhemah dan tidak wajar’, manakala pakar kesihatan awam, Walter Ricciaardi menyifatkan situasi itu sebagai tidak ‘munasabah’.

    Itali adalah negara Eropah pertama yang dilanda COVID-19 pada awal 2020 dan mempunyai salah satu angka kematian tertinggi, hampir 140,000.

    Ia melaporkan hanya lebih 155,000 kes baharu kelmarin daripada populasi 60 juta.

    Lebih 86 peratus penduduk berusia lebih 12 tahun telah diberikan vaksin dan suntikan tersedia untuk kanak-kanak yang lebih muda. Kira-kira 15 peratus kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah mendapatkan vaksin pertama mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...