Tuesday, October 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali tidak akan berundur dari Lubnan

    ROM, 15 OKT – Kontinjen Itali Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  UNIFIL tidak akan berundur dari Lubnan di tengah-tengah serangan Israel, meskipun terdapat tuntutan daripada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menarik diri, lapor agensi berita Itali, ANSA, memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Itali, Antonio Tajani kelmarin.

    Tajani menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung kemungkinan pengunduran hanya terletak di tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    “Kami menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah tidak boleh diterima. Askar Itali tidak boleh disentuh. Kami tidak akan meninggalkan kedudukan kami, kerana keputusan ini sepenuhnya di tangan PBB. Kami tidak akan berundur dari kawasan yang sedang berdepan kesukaran,” kata pemimpin Forza Italia itu selepas sidang kemuncak di Balkan, Berlin.

    “Anggota tentera kami sentiasa menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab,” tegasnya. – Bernama

    Kereta kebal Israel memasuki Lubnan di sempadan selatan Lubnan Naqoura pada 13 Oktober. Kontinjen Itali tidak akan berundur dari Lubnan. –  AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda