Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali tumpas sindiket jual permainan video retro

    ROM, 13 SEPT – Polis kewangan Itali berkata, hari ini, mereka telah menumpaskan satu rangkaian yang menyeludup konsol permainan video vintaj tiruan dari China, yang mengandungi beberapa tajuk paling popular dari tahun 1980an dan 90an.

    Polis di Turin berkata, “Kira-kira 12,000 konsol yang menyimpan lebih daripada 47 juta permainan video cetak rompak secara haram, dengan nilai dianggarkan melebihi 47.5 juta euro,” telah dirampas di seluruh negara.

    “Kami menjumpai permainan ini yang menampilkan watak-watak terkenal dari dunia permainan video 1980an dan 1990an, semua dilindungi hak cipta, dan sebahagian daripada fenomena retrogaming yang kini mengalami fasa populariti dan pengembangan komersial yang pesat,” kata kenyataan polis.

    “Konsol-konsol tanpa lesen ini mempunyai bentuk dan ciri-ciri yang serupa dengan ‘konsol retro’ ikonik yang dikeluarkan oleh pengeluar rasmi dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata kenyataan itu.

    Konsol-konsol tersebut, yang tidak memenuhi piawaian teknikal dan keselamatan Eropah, diimport dari China untuk dijual dalam talian atau di kedai-kedai khusus. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda