Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Itik getah gergasi menonjol di Hong Kong

    HONG KONG, 9 JUN – Dua ekor itik getah gergasi membuat kemunculan di Pelabuhan Victoria Hong Kong, hari ini, menandakan kembalinya projek seni pop yang mencetuskan kegilaan di bandar tersebut sedekad lalu.

    Dua ekor itik kuning setinggi 18 meter oleh artis Belanda, Florentijn Hofman menyerupai mainan mandian yang sering dimainkan pada zaman kanak-kanak mereka. Sejurus selepas pelancaran itu, puluhan penduduk dan pelancong berpusu-pusu ke persiaran berhampiran ibu pejabat kerajaan di Admiralty untuk merakamkan gambar itik tersebut.

    Hofman berkata dia berharap pameran seni itu membawa kegembiraan kepada bandar itu dan menghubungkan orang ramai sambil mengabadikan kenangan bersamanya.

    “Itik berganda, tuah berganda,” katanya. “Dalam dunia di mana kita mengalami pandemik, peperangan dan situasi politik, saya fikir ia merupakan masa yang sesuai untuk mengembalikan tuah berganda itu.”

    Itik getah akan berada di Hong Kong selama kira-kira dua minggu.

    Pemasangan seni yang dipanggil Double Ducks oleh artis Belanda Florentijn Hofman dilihat di Pelabuhan Victoria di Hong Kong, 9 Jun. – AP

    Ramai warga Hong Kong di persiaran itu mengimbau kegembiraan hasil kerjanya ke daerah beli-belah Tsim Sha Tsui pada 2013.

    Ada yang teruja melihat sepasang itik hari ini dan bukannya hanya seekor itik seperti pameran terdahulu.

    Antara pengunjung ialah artis Laurence Lai, yang membawa berus cat untuk membuat lukisan air dari itik tersebut.

    Lai berkata bandar itu penuh dengan aura negatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini semasa pandemik COVID dan sudah tiba masanya untuk bandar itu bergerak ke hadapan.

    “Dengan kehidupan kembali normal, itik boleh membawa kembali beberapa perkara positif,” kata lelaki berusia 50 tahun itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...