Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ITPSS terima penghormatan Cyber Security Malaysia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – IT Protective Security Services Sdn Bhd (ITPSS) telah mendapat penghormatan untuk menghadiri Majlis Penghargaan Pensijilan Keselamatan Maklumat yang dianjurkan oleh Cyber ​​Security Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.
     
    Hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan itu ialah Ketua Pegawai Teknologi Cyber ​​Security Malaysia, Wan Roshaimi bin Wan Abdullah kepada Dayang Farhanah Izyan binti Haji Zaini dari Quality Assurance and Compliance, ITPSS Sdn Bhd.
     
    Majlis tersebut telah mengetengahkan organisasi yang telah berjaya mendapat pensijilan daripada Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat (ICSB) Cyber ​​Security Malaysia. 
     
    Pensijilan merangkumi daripada ISO/IEC 27001 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCMS), ISO/IEC 27701 Sistem Pengurusan Maklumat Privasi (PIMS), Malaysia Common Criteria Evaluation and Certification Scheme (MyCC) dan Penetration Testing Service Provider (PTSP).
     
    ITPSS menerima pengiktirafan khas atas pencapaian dalam memperoleh ISO/IEC 27001 pensijilan pada Januari 2023, untuk tiga perkhidmatan teras di bawah Cyber Security Brunei (CSB), iaitu Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT), Cyber Watch Centre (CWC), dan Makmal Forensik Digital Kebangsaan (NDFL).
     
    Ia menandakan pencapaian penting dalam mengekalkan standard tertinggi pengurusan keselamatan maklumat.
    Cyber Security Malaysia semasa menghoskan majlis itu. – GAMBAR SERAHAN ITPSS
    Dayang Farhanah Izyan semasa menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut. –GAMBAR SERAHAN ITPSS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda