Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ITQSHHB adakan jerayawara

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 JULAI – Bagi membarigakan maklumat sesi akademik Tahun 7 bagi 2024, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah mengadakan jerayawara di Surau Sekolah Arab Belait (SAB), hari ini.

    Hadir sama ialah Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar ITQSHHB, Haji Mohammad Khairil Faizal bin Haji Awang Bakar.

    Seramai 59 orang pelajar SAB, Sekolah Ugama Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, dan Sekolah Ugama Sayyidina Ali menghadiri jerayawara berkenaan.

    Jerayawara bertujuan untuk berkongsi sejarah dan latar belakang ITQSHHB serta memberi penerangan tentang peluang pendaftaran kepada pelajar yang berpotensi menghafaz Al-Quran untuk menjadi al-huffaz.

    Pendaftaran untuk kemasukan baharu ITQSHHB dibuka sehingga 19 Ogos.

    Taklimat dijalankan sebagai sebahagian daripada acara berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Antara pelajar yang hadir saemasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda