Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ITQSHHB terima penapis air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sebagai komitmen berterusannya dalam menyediakan akses kepada air bersih dan sihat untuk masyarakat Brunei, Cuckoo International (B) Sdn Bhd menerusi Cuckoo Care Foundation telah menyumbangkan penapis air Deluxe kepada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), baru-baru ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Cuckoo International Brunei, Wong Kim Guan kepada Pemangku Pengetua ITQSHHB, Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.

    Majlis penyerahan sumbangan berkenaan kemudian menyaksikan Wong Kim Guan dan Haji Amiruddin menandatangani dan bertukar-tukar sijil.

    Majlis diakhiri dengan tinjauan di sekitar institut berkenaan di mana Haji Amiruddin menunjukkan kemudahan-kemudahan seperti bilik-bilik darjah, kelas Braille, perpustakaan dan banyak lagi.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Cuckoo Care Foundation adalah platform tanggungjawab sosial komuniti Cuckoo International Brunei untuk memberi balik kepada masyarakat dan alam sekitar menerusi sumba-ngan-sumbangan, aktiviti pendidikan dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda