Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IU belanja kopi di set penggambaran

    Persahabatan yang akrab membuatkan penyanyi dan pelakon, IU sanggup menghantar tiga buah lori kopi untuk diberikan kepada pelakon, Park Seo Joon dan seluruh tenaga produksi drama lakonan terbaharunya.

    Menerusi hantaran di Instagram milik Seo Joon, aktor berkenaan mengucapkan terima kasih kepada IU kerana telah menceriakan barisan pelakon termasuk Heo Jun Seok dan pengarah seni mempertahankan diri iaitu Lim Seung Mook.

    Menurut mStar, difahamkan Seo Joon kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk musim kedua drama misteri berjudul Gyeongseong Creature.

    “Somin PD (IU), awda telah dibayar?” tulis Seo Joon.

    Aktor drama Itaewon Class itu memanggil IU dengan nama Somin PD yang merupakan watak dalam filem lakonan bersama mereka iaitu Dream.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kebaikan aktres berkenaan dan menyifatkan persahabatan kedua-dua selebriti itu penuh dengan kemesraan.

    “IU kawan yang sangat baik… disebabkan itu ramai yang sayang kepadanya.

    “Saya sudah menonton filem Dream lakonan IU dan Park Seo Joon… memang sweet.

    “Wow, sweetnya mereka,” tulis warganet. – Agensi

    Antara adegan dalam filem Dream lakonan Seo Joon IU. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda