Sunday, September 22, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    IU hantar hadiah tanda maaf sebab bising dan kesesakan lalu lintas

    Penyanyi dan pelakon IU bertindak menghantar hadiah kepada 4,000 rumah berhampiran Stadium Piala Dunia Seoul di Korea Selatan.

    IU berbuat demikian sebagai tanda minta maaf kepada penduduk sekitar yang berdepan dengan pencemaran bunyi serta kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut selama dua hari akibat penganjuran konsert IU 2024 HERE Encore: The Winning yang berlangsung pada 21 dan 22 September 2024.

    Allkpop melaporkan, IU memberi hadiah berupa barang keperluan rumah dan beg pelupusan sampai berserta mesej berharap penduduk di kawasan tersebut bersabar dengan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas yang akan berlaku.

    Penduduk di kawasan tersebut turut meluahkan rasa terharu dengan tindakan tersebut apatah lagi ini merupakan kali pertama berbuat demikian. Malah menyifatkan tindakan IU itu sebagai bijak dan dapat melegakan hati penduduk yang akan tertekan setiap kali ada acara berlangsung di stadium tersebut.

    “Rumah saya sangat dekat dengan kawasan stadium dan ini kali pertama saya terima hadiah seperti ini,” komen salah seorang penduduk.

    Difahamkan, IU mengedarkan hadiah kepada penduduk di beberapa kompleks pangsapuri yang terletak di Mapo-gu, Seongsan-dong iaitu betul-betul bersebelahan Stadium Piala Dunia Seoul.

    Umum mengetahui bahawa penduduk yang tinggal berhadapan kawasan stadium berdepan dengan bunyi bising pada malam hujung minggu disebabkan oleh acara sukan dan muzik yang sering diadakan di lokasi tersebut. – Agensi

    IU memberi beg pelupusan sampah kepada penduduk di sekitar stadium. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda