Penyanyi IU berkongsi tip untuk memulihkan diri daripada kekecewaan ialah dengan berhenti melakukan semua perkara dan berehat sementara waktu.
Menurut IU, seseorang itu tidak akan menjadi lebih baik dan pulih sepenuhnya jika tidak berhenti melihat kisah silam walaupun sudah menjaga pemakanan.
“Saya rasa untuk memulihkan diri dengan betul, anda perlu berhenti melakukan semua perkara. Saya rasa anda perlu berehat untuk pulih sepenuhnya.
“Bagaimana pun anda jaga pemakanan, jika anda tidak berhenti melihat ke belakang dan menjaga diri, anda tidak akan menjadi lebih baik.
“Bagi saya, nak pulih kena berhenti dan berehat,” kongsi IU ketika mengacara program Tree, Tree baru-baru ini. – Agensi