Thursday, April 17, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    IU, Park Bo Gum pelakon terbaik di Beksang ke-61

    Bintang popular Korea Selatan, IU dan Park Bo Gum, masing-masing menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Netflix terkenal When Life Gives You Tangerines di Anugerah Seni Baeksang ke-61, lapor AllKPop.

    Drama tersebut meraih lapan pencalonan keseluruhan, sekali gus menjadi antara karya paling banyak dicalonkan tahun ini.

    Pejabat Anugerah Baeksang mengumumkan senarai rasmi pencalonan pada 7 April lalu, melibatkan kategori televisyen, filem dan teater. Dalam kategori televisyen, When Life Gives You Tangerines turut dicalonkan bagi Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Kim Won Seok), Skrip Terbaik (Im Sang Choon), serta beberapa kategori lakonan seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Choi Dae Hoon), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Yeom Hye Ran), dan Pelakon Wanita Baharu Terbaik (Kim Tae Yeon).

    IU yang membawa watak Ae Soon bakal bersaing dengan Kim Tae Ri (The Youngest Son), Kim Hye Yoon (Lovely Runner), Go Min Si (Into the Forest with No One), dan Jang Nara (Good Partner). Manakala Park Bo Gum yang memainkan watak Gwan Shik akan bersaing dengan Byeon Woo Seok (Lovely Runner), Lee Jun Hyuk (The Good or the Bad Dong Jae), Joo Ji Hoon (Trauma Center), dan Han Suk Kyu (An Intimate Betrayal).

    Majlis Anugerah Seni Baeksang ke-61 dijadual berlangsung pada 5 Mei ini di Dewan D COEX, Seoul dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran JTBC, JTBC2 dan JTBC4.

    Tahun ini menandakan kerjasama tahun ketiga berturut-turut antara penganjur dan jenama mewah Gucci, yang terus menyokong bakat kreatif Korea menerusi Gucci Impact Award. – Agensi

    IU dan Park Bo Gum membintangi drama popular When Life Gives You Tangerines, yang menerima pelbagai pencalonan di Anugerah Baeksang ke-61 – AllKpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda