Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IU terima ancaman bunuh

    Pelakon dan penyanyi IU dilaporkan menerima ancaman bunuh yang menakutkan.

    Allkpop melaporkan, syarikat pengurusan pelakon berkenaan iaitu EDAM Entertainment telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

    Wakil syarikat pengurusan itu juga sudah meminta pihaknya untuk memberi pengawasan ketat terhadap IU, termasuk menambah bilangan pengawal keselamatan.

    “Baru-baru ini, tahap keganasan yang berlaku terhadap IU telah melampaui batas. IU menerima ancaman bunuh dan kami sudah menghantar pihak berkuasa untuk mengawasi bangunan EDAM Entertainment, bangunan Kakao Entertainment dan kediamannya.

    “IU kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan pihak berkuasa sudah membuat siasatan dan mengesahkan bahawa semuanya berada dalam keadaan selamat.

    “EDAM akan terus mengambil langkah tambahan dengan menambah bilangan pengawal keselamatan untuk artis berkenaan,” katanya.

    Disebabkan insiden yang berlaku, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan boleh mencetuskan perhatian negatif terhadap keselamatan pelakon drama Hotel Del Luna itu.

    Bagaimanapun, pihak EDAM mengambil langkah untuk memaklumkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kelak. – Agensi

    Pihak pengurusan tambah bodyguard kawal keselamatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda