Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ivanka Trump umum penutupan rangkaian fesyen miliknya

    NEW YORK – Ivanka Trump telah mengumumkan baru-baru ini bahawa dia akan menutup jenama fesyen eponimnya itu berikutan kritikan terhadap potensi konflik kepentingan dan bebanan jualan yang didorong oleh tindak balas politik. Ivanka yang berusia 36 tahun itu sering menggunakan kasut dan pakaian dari jenama beliau sendiri, berhenti dari syarikatnya sendiri dan bekerja di Rumah Putih sebagai penasihat kepada ayahnya, Presiden Donald Trump, tetapi terus mendapat keuntungan daripada jenama label itu.

    Sebelum ini penjualan pakaian, kasut dan jua aksesori mengalami peningkatan pada tahun 2016, namun setelah Trump memenangi jawatan presiden, ia telah mengalami satu tindak balas selepas dia mengambil alih jawatan dan telah mengalami penurunan yang drastik khususnya dalam rangkaian penjualan runcit.

    Sebagai anak perempuan pertama presiden, dia telah mengembara ke luar negara bagi mewakili Amerika Syarikat, menghadiri pertemuan dengan ketua-ketua negara dan mengunjungi pelbagai tempat di dalam negeri, namun memancarkan spekulasi bahawa dia mungkin mempunyai cita-cita sebagai seorang pemimpin politik pada masa hadapan.

    “Selepas 17 bulan di Washington, saya tidak tahu bila akan kembali dalam dunia perniagaan, tetapi tumpuan utama saya adalah untuk masa depan yang baik kerana itulah kerja yang saya lakukan di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Oleh itu, keputusan yang saya buat ini adalah hasil kepada satu keadilan untuk pasukan dan rakan kongsi saya,” tambahnya.

    Jenama ini dianggap sebagai salah satu fesyen bagi wanita-wanita berkerjaya dan sentiasa memenuhi rak-rak pakaian di kedai-kedai terkenal AS seperti Macy’s, T.J Maxx, Nordstrom dan Neiman Marcus. – AFP
    Ivanka Trump tidak dibayar gaji untuk bekerja dengan Rumah Putih, meraih keuntungan sekurang-kurangnya AS$82 juta pada tahun lalu dengan suaminya, Jared Kushner. – AFP

    “Saya tahu bahawa setiap daripada mereka akan terus berkembang dalam hari-hari yang berikutnya,” jelasnya.

    Pengawas Tanggungjawab dan Etika Penduduk Tempatan Amerika Syarikat (CREW) di Washington menawarkan persetujuan yang hebat dan menyeru keluarga Trump untuk melepaskan semua aset, mengatakan mereka sepatutnya melakukannya sebelum memasuki dunia pentadbiran Rumah Putih.

    “Walaupun ini adalah satu langkah yang penting ke arah yang lebih betul namun ia satu langkah yang kecil dan sudah terlewat,” kata Pengarah Eksekutif CREW, Noah Bookbinder.

    “Beberapa laporan mengatakan bahawa jenama itu akan memfailkan satu perdagangan baharu dan terus membangkitkan persoalan tentang penutupan jenama itu dan persoalan sama ada jenama itu akan terus mewujudkan konflik kepentingan,” jelas Noah lagi.

    Abigail Klem, presiden jenama Ivanka Trump berkata bahawa dia tahu bahawa keputusan itu sangat sukar untuk Ivanka Trump.

    Lapan belas pekerja dari jenama tersebut telah memaklumkan baru-baru ini bahawa perniagaan bagi jenama itu akan berakhir tidak lama lagi, media AS melaporkan.

    Tanda perdagangan China

    Ibu kepada tiga orang anak itu, yang tidak dibayar gaji untuk bekerja dengan Rumah Putih, meraih keuntungan sekurang-kurangnya AS$82 juta pada tahun lalu dengan suaminya, Jared Kushner, juga penasihat kepada presiden AS, Donald Trump.

    Bekas model itu turut melancarkan barisan barang perhiasan pada tahun 2007, sebelum beralih kepada pelancaran kasut, beg tangan dan pakaian dari jenamanya sendiri.

    Dia menjadikan jenama itu sebagai satu fesyen bagi wanita-wanita berkerjaya dan sentiasa memenuhi rak-rak pakaian di kedai-kedai terkenal AS seperti Macy’s, T.J Maxx, Nordstrom dan Neiman Marcus.

    Pada tahun 2016, tahun di mana dia bersama ayahnya berkempen untuk menjadi presiden AS seterusnya, syarikat jenama itu terus berkembang apatah lagi dengan pengeluaran denim, pakaian sukan dan juga katil anak damit. Namun pada bulan Januari 2017, dia telah mengumumkan untuk keluar dari firma syarikat, pertubuhan Trump dan pengurusan syarikat fesyennya.

    Namun jenama itu terus menjadi ancaman besar yang didorong oleh penentangan terhadap pentadbiran Trump dan menyeru untuk memboikotnya khususnya dalam menentang perniagaan keluarga presiden itu.

    Nordstorm dan Neiman Marcus telah menggugurkan jenama itu disebabkan oleh penjualannya yang semakin menurun. Pada awal bulan ini, Kanada Hudson’s Bay, termasuk peruncit AS, Saks Fifth Avenue dan Lord & Taylor, turut memberhentikan penjualan jenama itu.

    Walaupun Ivanka melantik Klem sebagai presiden jenamanya itu, namun kritikan terhadap konflik itu berterusan dan tidak berhenti begitu sahaja.

    Pada bulan Mei lalu, CREW buat pertama kali mendedahkan kepada orang ramai bahawa jenama itu telah diberikan lima tanda perdagangan di China, beberapa hari sebelum presiden AS tiba-tiba membatalkan larangan terhadap barangan teknologi AS yang dikenakan ke atas firma telekomunikasi Cina, ZTE.

    Pada tahun 2017, jenama mengakhiri satu rundingan mengenai perjanjian pengedaran dengan Sanei International di Jepun yang di dalamnya dikaitkan dengan cadangan etika dan percubaan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

    Pada bulan Februari 2017, kaunselor Trump, Kellyane Conway mencatatkan jenama tersebut dalam satu temu bual televisyen, mendesak pembeli untuk membeli barangan Ivanka, kemudian mendapat teguran yang hebat daripada pegawai-pegawai etika.

    Presiden AS telah mengkritik tindakan Norstorm yang menamatkan jenama itu dan mengatakannya di media sosial. ”

    Anak saya, Ivanka telah diperlakukan dengan tidak adil oleh Norstrom. Dia adalah seorang yang hebat, selalu mendukung saya untuk melakukan perkara-perkara yang betul.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda