IVE dijadualkan untuk membuat kemunculan semula pada akhir Ogos ini, menjelang pelancaran tersebut, kumpulan ini memberi kejutan mengenai trek baharu semasa penampilan mereka di ‘2025 SBS Gayo Daejeon Summer’, yang akan disiarkan secara langsung pada 26 Julai (KST) melalui SBS Play dan CHZZK.
Kumpulan ini memulakan persembahan dengan ‘REBEL HEART’, iaitu dari trek pra pelancaran daripada mini album ketiga mereka, ‘IVE EMPATHY’, yang mana telah dilancarkan pada Januari.
Selepas persembahan terkini mereka di Lollapalooza Berlin dan Lollapalooza Paris, IVE muncul dengan persembahan yang bersemangat dan tenang semasa berada di atas pentas, malah menyerlahkan kemahiran persembahan dan karisma mereka.
Sejurus selepas ‘REBEL HEART’, skrin LED memaparkan perkataan ‘SECRET’, diikuti dengan segmen lagu pendek dan koreografi yang belum dilancarkan dan akan dijadualkan untuk dikeluarkan pada bulan Ogos ini.
Tanpa sebarang pemberitahuan awal, pendedahan mengejut itu telah mencetuskan reaksi yang penuh semangat daripada para peminat.
Ini di tambah dengan bunyi ‘dreamy’ dan koreografi yang mudah diingati itu dengan cepat tular di media sosial sehingga mencetuskan perhatian yang meluas.
Semasa persembahan, An Yu Jin, yang turut bertindak sebagai pengacara berkata, “Tahun lepas di ‘2024 Gayo Daejeon’, semua menyukai spoiler mengejut untuk ‘REBEL HEART’, dan untuk tahun ini sekali lagi kami membawa kejutan kepada semua.
Ahli-ahli IVE dalam laporan allkpop turut mengongsikan, di mana mereka sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula dengan niat untuk membantu menempuh musim panas dan berharap peminat akan memberikan banyak sokongan kepada album IVE yang akan datang.
Dengan kemunculan semula mereka yang dijadualkan pada bulan Ogos semakin hampir, IVE terus meraih perhatian daripada peminat di seluruh dunia.
Dua lagu terbaharu IVE, ‘REBEL HEART’ dan ‘ATTITUDE’, telah memenangi sebanyak 15 trofi muzik yang mana masing-masing 11 dan 4 masih kukuh kekal di carta muzik Korea.
‘2025 SBS Gayo Daejeon Summer’, yang menampilkan IVE dan dihoskan oleh An Yu Jin, akan dapat untuk tontonan ulangan melalui siaran yang telah dijadualkan, dan An Yu Jin juga dijangka akan meneruskan tugas pengacaraannya dalam siaran langsung pada 27 Julai (KST).- Agensi
