Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ivory Coast mula suntikan Ebola

    ABIDJAN, 16 OGOS – Ivory Coast akan melaksanakan vaksinasi ke atas Ebola hari ini selepas negara itu mencatatkan kes pertama penyakit itu sejak 1994, kata kementerian kesihatan.

    “Pekerja kesihatan, saudara terdekat dan kontak rapat mangsa” akan divaksin bermula petang ini, menggunakan 5,000 dos yang dihantar dari Guinea, kata jurucakap Germain Mahan Sehi kepada AFP.

    Kakitangan kesihatan Ivory sebelumnya berkata vaksinasi ‘kumpulan sasaran’ sudah pun bermula kelmarin.

    Kes yang direkodkan di Abidjan, hab ekonomi Ivory Coast itu merupakan seorang perempuan berusia 18 tahun warga Guinea yang tiba di negara itu pada Rabu selepas membuat perjalanan menggunakan kenderaan dari Labe di Guinea, kata pihak berkuasa pada Sabtu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda