Saturday, September 28, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iwan selesa hidup sederhana

    Penyanyi dan komposer Iwan Syahman selesa dengan kehidupan sederhana yang dilaluinya ketika ini meskipun pernah mengecap populariti dan kemewahan suatu ketika dahulu.

    Iwan atau Iwan Syahman Wan Yunus, 62, berkata, dia juga tidak berharap kepada kemewahan kerana ia akan datang dengan pelbagai ujian yang besar.

    “Alhamdulillah, hidup saya sekarang daripada segi ekonomi semuanya cukup-cukup sahaja.

    “Saya berdoa jangan minta kaya. Saya hanya mahu istiqamah dan hidup dalam keadaan sederhana.

    “Kalau kaya ujian kita juga besar kerana saya sudah laluinya sebelum ini. Daripada ujian itu juga mengajar kita untuk menjadi lebih baik.

    Iwan menganggap royalti sebagai wang pencen.-mStar

    “Bila kita banyak duit, macam-macam kita mahu. Ujian perempuan jangan tanyalah,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Iwan memberitahu dia kini menampung hidup hasil daripada wang royalti yang dianggap sebagai pencen menerusi lagu-lagu ciptaannya sebelum ini. “Alhamdulillah sampai sekarang saya masih menerima royalti.

    Sebagai artis kami boleh menerima pendapatan daripada tiga perkara iaitu Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP), Recording Performers Malaysia (RPM) dan Performance Malaysia (PPM).

    “Kiranya duit royalti ini macam pencen kami. Walaupun tak banyak, tapi masih ada juga wang untuk kami menyara kehidupan,” ujarnya.

    Sebelum ini, Iwan mendedahkan dia pernah menolak permintaan penyanyi wanita untuk menghasilkan lagu buat mereka.

    Kata Iwan, dia mempunyai pendirian tidak menerima mana-mana tawaran sedemikian kerana menyifatkan suara merupakan aurat buat wanita- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda