Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Dalam berkumpul dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan golongan wanita dari pelbagai latar belakang, Kelab Wanita Antarabangsa Brunei (IWCB), hari ini, telah mengadakan sambutan Hari Raya di Serambi Batil di Tarindak
D’Seni.
Hadir pada sambutan itu ialah Presiden IWCB, Ungku Datin Hajah Fanzah binti Ungku Osman bersama duta-duta dan pesuruhjaya tinggi yang menetap di Negara Brunei Darussalam bagi sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Raya.
Tetamu yang hadir pada acara itu bukan saja disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazim dinikmati semasa Hari Raya, malah mereka jua dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan juga tarian.