Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Izara Aishah ‘belanja’ wajah anak kedua

    Hampir empat bulan melahirkan cahaya mata kedua, pelakon Izara Aishah akhirnya berkongsi wajah anak perempuannya itu, lapor mStar.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Izara, 32, berkongsi sebahagian wajah anaknya yang mana memperlihatkan mata, rambut dan hidung.

    “Sayang ma,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet yang rata-rata teruja melihat wajah anak kedua aktres berkenaan.

    Malah ada juga yang masih ternanti-nanti nama puteri kedua Izara itu memandangkan dia masih lagi merahsiakannya.

    Alaia sedang bermain bersama adiknya. – mStar

    “Siapa nama dia? Izara belum kongsi lagi. Tak sabar nak tahu.

    “Nampak mata pun dah comel, muka macam kakak dia,” antara komen warganet.

    Pada 13 Oktober tahun lalu, Izara mengumumkan dia selamat menimang anak damit perempuan kedua.

    Bagaimanapun, Izara tidak memberi butiran tentang anaknya itu termasuk tarikh dia bersalin.

    Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia kini berusia empat tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda