Wednesday, November 20, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Izreen Azminda imbau kejadian kena pukau

    Pelakon Izreen Azminda berkongsi pengalaman dia menjadi mangsa pukau individu tidak dikenali semasa mengunjungi sebuah pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur.

    Cerita Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 39, sebelum kejadian itu seluarnya dicalit sesuatu dan dia mula hilang pertimbangan sehingga mengikut segala arahan diberikan, dedah mStar.

    Insiden berkenaan menyebabkan dia menyerahkan seluar dipakai termasuklah beg tangan kepada wanita dipercayai berbangsa India.

    “Masa itu di tandas sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, ada orang datang calit gincu dekat seluar saya.

    “Dia kata dia boleh tolong cuci dan saya buka seluar beri pada dia dan kemudian dia bagi skirt dia pada saya.

    “Bukan setakat seluar tapi sekali dengan beg tangan saya beri pada perempuan India itu,” katanya.

    Izreen berkongsi pengalaman itu menerusi hantaran di cerita Instagram pada Isnin.

    Berlaku ketika dia masih lagi bergelar pelajar, Izreen berkata dia mengalami kerugian wang ringgit dan kehilangan beberapa dokumen peribadi lain.

    Malah, dia masih ingat keadaannya ketika itu berjalan kaki dengan memakai skirt sehingga menampakkan bahagian kaki.

    “Penyudahnya saya hilang beg tangan yang berisi duit, kad bank, kad pengenalan dan kad lesen memandu,” jelasnya. – Agensi

    Izreen kalau boleh tidak mahu ingat insiden kena pukau dahulu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda