Saturday, March 29, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Izzue Islam berbuka makan hati, paru unta

    Pengalaman sehari berpuasa di Madinah merupakan momen yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Izzue Islam.

    Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35, bersyukur diberikan kesempatan merasai nikmat tarawih, sahur serta berpuasa di Tanah Suci itu.

    “Momen istimewa bagi saya untuk tahun ini adalah merasai pengalaman berpuasa di Madinah walaupun hanya sehari kerana itu impian saya.

    “Alhamdulillah di Madinah puasa jatuh pada 1 Mac dan saya berangkat balik ke Malaysia pada esoknya.

    “Jadi walau sehari saja tapi dapat juga merasai tarawih, sahur dan berbuka di sana,” katanya kepada mStar.

    Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Padang On Wheels, Shah Alam, Selangor malam kelmarin.

    Berkongsi cerita itu, Izzue berkata dia tidak dapat melupakan pengalaman menikmati juadah berbuka iaitu hati dan paru unta.

    Malah, suasana berpuasa di sana juga sangat berbeza kerana para jemaah dilihat fokus merebut peluang untuk peroleh ganjaran pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

    “Menu berbuka puasa saya di sana pula pun tak dapat dilupakan, saya dan isteri makan hati serta paru unta.

    “Itu pertama kali saya makan dan suasana berpuasa di sana sangat berbeza kerana semua orang berkejar-kejar cari pahala di bulan Ramadan,” jelasnya. – Agensi

    Izzue pertama kali dapat rasai pengalaman berpuasa di Madinah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda