Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Izzue Islam dihujani ucapan tahniah

    Memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Malaysia iaitu Izzue Islam dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut.

    Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bagaimanapun menjelaskan kata-kata ‘road to bertiga’ sekadar azam bagi permulaan tahun 2024 bersama isteri iaitu Awin Nurin.

    “Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baharu itulah doa dan azam saya serta isteri. Setiap tahun azam yang sama sebab tahun lepas masih lagi berdua. Cuma harapkan tahun ini ada rezeki anak.

    “Tapi kalau tak ada rezeki anak pun saya dan Awin bahagia saja,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Dalam pada itu, Izzue memaklumkan dia tidak pernah mengambil anak angkat seperti diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

    Izzue harap tahun 2024 bakal timang cahaya mata. – mStar

    Sebaliknya, kanak-kanak di dalam videonya sebelum ini merupakan anak saudaranya.

    “Kami ada buat pemeriksaan dengan doktor tapi dia pun kata kami tiada masalah mungkin belum rezeki.”

    Sebelum ini, tular di media sosial video Izzue bersama isterinya Awin membeli barang keperluan mereka di sebuah pasar raya.

    Namun ruangan kapsyen aktor berkenaan seakan memberi bayangan dirinya bakal bertiga tidak lama lagi.

    “2023 dan masih berdua. Walau ada parah perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualikum 2024, bismillah #roadtobertiga,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda