Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    J-Hope bakal sertai khidmat tentera

    Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera, menurut ejen kumpulan itu kelmarin.

    BigHit Music tidak memberikan tarikh beliau akan menyertai perkhidmatan itu dan pengumuman akan dibuat sebaik notis pendaftaran diperoleh, lapor agensi berita Yonhap.

    Keputusan itu dibuat dua bulan selepas Jin, anggota tertua BTS, menyertai perkhidmatan itu.

    Kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu merancang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

    Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan berkhidmat dalam pasukan tentera selama kira-kira dua tahun. – Bernama

    BTS J-Hope bakal sertai perkhidmatan tentera tidak lama lagi setelah membatalkan untuk menangguhkannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda