Ahli BTS, J-Hope kembali dengan muzik baharu setelah mengeluarkan karya hasil kolaborasinya dengan Miguel bertajuk Sweet Dreams, diiringi muzik videonya baru-baru ini.
Memetik laporan UPI, Video itu bermula dengan babak penyanyi Korea Selatan itu sedang tidur di atas katil, dan apabila dia membuka matanya, dia sedar dia dalam sebuah rumah yang terapung di langit.
Segala-galanya di dalam rumah mula bergerak-gereak meluncur jatuh apabila rumah itu meneruskan perjalanannya melalui awan.
J-Hope sedang mengusahakan konsert jelajah Hope on the Stage dan dijadualkan untuk membuat persembahan di The Tonight Show Jimmy Fallon nanti.
Album solo pertama kurang mendapat sambutan pada 2022. – Agensi
