HUBUNGAN Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez kini semakin serius. Malah, pasangan itu juga dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi.
Baru-baru ini, pasangan popular itu dilihat meraikan sambutan hari jadi bersama. Masakan tidak, tarikh lahir Lopez yang jatuh pada 24 Julai berbeza beberapa hari sahaja dengan kekasihnya iaitu 27 Julai.
Maka, pasangan itu memutuskan untuk meraikan hari jadi bersama.
Majlis yang berlangsung turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua pasangan.
Malah, Lopez dan Rodriguez juga dilihat tidak segan mempamerkan aksi kemesraan di depan keluarga masing-masing.
