Jabatan Buruh tutup sementara kaunter perkhidmatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Berikutan kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertarikh 12 Ogos 2021 mengenai tempoh bekerja bagi pelan kelangsungan perniagaan (BCP), Jabatan Buruh memaklumkan orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di keempat-empat daerah akan ditutup buat sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jabatan Buruh dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa bagi mendapatkan penerangan lanjut berkaitan dengan Banci Majikan dan Pekerja 2021, orang ramai bolehlah melayari lawan sesawang www.business.mofe.gov.bn/SitePages/OBR.aspx atau www.labour.gov.bn atau menghubungi ke alamat e-mel [email protected]