Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat sambut Nuzul Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat telah mengadakan ceramah sempena sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Majlis itu bertujuan memperingati peristiwa agung penurunan Al-Quran, di samping penghayatan peristiwa ini sebagai panduan hidup dalam membentuk peribadi yang berakhlak mulia.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

    Turut hadir, Jurutulis Majlis Mesyuarat DiRaja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah.

    Ceramah khas itu telah disampaikan oleh Penolong Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, dengan mengetengahkan tema Akal Sihat Dengan Al-Quran.

    Ceramah itu telah menekankan kepentingan mendidik diri untuk menjadi umat yang baik melalui penjagaan solat, memperbaiki amalan harian serta meneladani akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah SAW berpandukan kepada ajaran Al-Quran.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    Haji Mohammad Khairul Nazif semasa menyampaikan ceramah pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda