Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Mufti Kerajaan sertai pesta buku di KK

    Oleh Sim Y. H. – 

    KOTA KINABALU, 13 NOV – Negara Brunei Darussalam sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam memartabatkan budaya ilmu apabila turut menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2025 yang berlangsung hingga 16 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

    Antara agensi dan institusi Brunei yang mengambil bahagian ialah Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri; Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; serta Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Hadir mengunjungi reruai institusi negara pada pesta tersebut ialah Konsul Agung, Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Kota Kinabalu, Sabah, Dayang Fauzana Octavia binti Haji Alli. PBAKK 2025 akan dibukakan bermula jam 9:30 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma untuk orang ramai.

    Acara ini menghimpunkan lebih 50 pempamer dari dalam dan luar negara, dengan menampilkan ribuan judul buku menarik serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti interaktif untuk semua peringkat umur termasuk sesi bertemu penulis, penerbit dan penggiat industri, bengkel penulisan, serta aktiviti keluarga yang bermanfaat.

    Dengan kehadiran pelbagai institusi dari Brunei Darussalam dan rantau ini, PBAKK 2025 dijangka menjadi platform terbaik bagi mengukuhkan semangat membaca, memperkaya ilmu, serta memperluas jaringan kerjasama serantau dalam dunia penerbitan dan pendidikan.

    Konsul Agung semasa mengunjungi reruai JMK. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda